Kawan Ads

Tuesday 30 December 2014

Happy Birthday, Sayang...

Hari ni birthday my darling, Zareen Amanda Zairol Affendi :)

Mama sentiasa mendoakan kebahagian Zareen..Semoga di murahkan rezeki dan mengecapi kebahagian dunia dan akhirat..

I'm always love you..

Pesanan untuk awak : hari ni harijadi anak kita..awak ingat tak?



Friday 26 December 2014

Peminat? :p

Jap-Jap..he said i'm younger than my age???

Aduh..dah lah...when i said taknak, taknak lah..

Pergi lah bagi 'i love u', 'bunga-bunga' dan kad tu kat orang lain..

Rimas lah weii..

Yeah, i don't have husband..but that's not mean i'm single :p kan..kan..awak :)

Wednesday 24 December 2014

Amacam



Faham? Tak faham? Takpe :)

Awak kat mana??

Sedang berbual, tiba-tiba hilang..kenapa awak???

Awak kat mana? Awak kat mana?...hahaha...sound mcm bangang...

:)

Tuesday 23 December 2014

2014 - Thank You

This year so much color on it..The beautiful and the sour..upside and down..make it the best spice in my life..

With 4 lovely kids, family yang sentiasa support and bagi kata peransang..Thank You, Kak Izah, Kak Yie, Abg Amy, Mak and Ayah..

And Thank You my precious sayang, Zureen Affidah, Zareen Amanda, Zafirol Zaffran and Zafirah Zaheen..Mama always give the best for you, dear...

Thank You, Mother In Law , Rosiah Yaacob for taking care my children while i'm away cari rezeki and uruskan online business..

Thank You allah for give the best for me..I know banyaknya dosa dari masa muda sehingga sekarang..yang tertebusnya diri..Thank You allah, for the strength and forgiveness..Thank You allah because not take my precious babies..Thank You allah for everything..

Subhana allah..


Monday 22 December 2014

Awak..

Hei, awak?

Sihat? Gembira? Happy? Mesti le ye..

I Love You.. :p

But mak awak lagi sayang awak...

Allah lagi sayang giler dengan awak..

 Lupa kitaorang jangan lupa DIA tau... :)




Tuesday 16 December 2014

The Happy Moment..

Apa yang paling best bagi seorang mama?

Bila lihat anak tersenyum dan gembira.. :)

Terima Kasih, Allah..

Alhamdulillah..

Wednesday 10 December 2014

KEK MANA,Mama??

Buka je pintu rumah, lepas bagi salam..Zareen Amanda terus tanya 'Kek mana, mama?kan hari ni birthday papa.Sama bulan dengan Manda.'

Hehehe..ingat dah lupa..Anak-anak lain pun bertanya...dah janji katanya..

Iyalah, anak-anak mama..esok kita beli ye..raikan birthday papa bersama :)

HAPPY BIRTHDAY, AWAK :P


HAPPY BIRTHDAY, HUBBY, PAPA...

                            Kami hadiahkan istimewa untuk Harijadi awak yang ke 40 :)




Esok mesti diaorang suruh beli kek..Diaorang tanda tau harijadi awak kat calendar.. :)

Thursday 4 December 2014

Allah Sayang Kita

Selalu dengar tak macam ni "Allah uji kerana Dia Sayang".

Memang pun sebenarnya..pasal dia nak tarik kita supaya jangan jauh sangat dari dia..Dia lepas..lepas manja..Tapi kita ni manusia,memang sometime tak guna..dah di beri petunjuk, dah allah halang, ikut juga..Tapi allah tak berkecik hati, dia bagi juga rahmatnya, dia bagi juga kita ni peluang..

Pernah tak korang rasa macam rindu je padaNya..Cuba korang bangun tengah malam, bila orang semua dah tidur..Duduk sorang-sorang (tapi jangan dalam gelap ye)..korang cite kat allah apa dalam hati korang, korang ngadu sepuas-puasnya..Pasti..sangat pasti..korang akan nangis..Korang mesti flashback kekhilafan korang dulu..pasal aku pun macam tu..kawan-kawan aku pun yang buat macam tu..lainlah kalau korang tu hati batu :p

Kadang-kadang bila allah uji, diri ni terpikir dosa lepas..Oh..mungkin ini cara allah nak hapuskan dosa silam yang teruk tu dulu..Oh..okey..dulu masa muda tak fikir banyak, ikut nafsu..nasib baik allah bagi peluang lagi hidup..kalau di ambil nyawa dalam keadaan berdosa..pergh..hampa je...

Korang..allah tu sayang sangat dengan korang..jangan putus asa.Dia lah cinta sejati..manusia bercinta..tak kekal lama..Ada yang baru, yang lama buanglah..Tapi allah tak macam tu..allah sentiasa ada..sentiasa bersama..

Pernah aku kontang..pikir macam mana nak tanggung anak-anak, allah datangkan bantuan, datangkan motivasi..ala..hidup ni kan satu perjuangan..chayok..chayok...

Apa pun..baliklah pada allah..Kalau nak lari pun dari masalah, jauh mana pun nak lari...benda tu akan keep datang balik..

Tapi jangan lupa ye.."Redha Allah seiring dengan Redha Ibubapa"

Nak tanya kat "awak"..ibu awak Redha ke dengan awak? ;P

Kalau jawapannya ye..TAHNIAH!!




Friday 28 November 2014

Coretan untuk Awak

Awak..kita rindu kat awak lah..tapi life kita sekarang happy..kita rasa life awak pun macam tu kan..pasal tu awak tinggalkan kita dan anak-anak sampai tak balik-balik sampai sekarang..

Apa pun awak..macam kita cakap before lah..sediakan jawapan ye bila awak jumpa allah nanti..Samada saya yang pergi dulu atau awak..kita tetap akan mati..mana awak nak lari pun..

Awak..awak layan lah anak tiri awak tu ye...saya layan anak saya..diaorang tu anak kandung saya tau..dengan awak..tapi awak sure tak ingat..takpe..yang penting saya sayang diaorang dan saya akan jaga diaorang dengan baik..

Bye, awak..





Awak..Baca Ni..

Awak..awak..ingat tak macam mana dulu punya lah susah awak nak dapatkan saya?Awak sanggup call saya setiap hari selama sebulan untuk bercakap dengan saya saya..Macam-macam alasan saya suruh kawan rumah bagi kat awak..tapi awak tetap juga call saya tanpa jemu..Lily lah ni..bagi no telephone saya kat awak..Saya sikit pun tak berminat nak kawan dengan awak..

Awak..awak..ingat tak awak pernah jalan kaki dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.Hanya kerana nak jumpa saya..Ya allah, saya terharu sangat..Tak sangka awak sanggup lepaskan last bas dari Shah Alam hanya kerana awak nak sangat jumpa saya..Awak dah curi perhatian saya sikit tau masa tu..terharu..

Awak..awak..ingat tak lepas tu awak cuba juga nak jadi pasangan saya walaupun awak tahu ada beberapa orang yang bersaing untuk dapatkan tempat di hati saya..Awak ingat tak? Awak suruh saya dengar lagu KC and Jojo "All My Life".Awak kata lagu exactly apa yang ada dalam hati awak..Awak sanggup tunggu a few month sampai saya kata yes.. :) Sweetnya awak..

Awak..awak..ingat tak Radzi..Awak ingat tak macam mana awak cemburu sangat dengan Radzi..kerana Radzi seperti awak ..sanggup buat apa saja untuk dapatkan hati saya ni..Dia sanggup potong rambut pendek hanya kerana saya..Dia sanggup tunggu saya sampai balik, bila saya kena kerja lebih masa...Dia hantar lunch pada saya bila dia tahu saya tak lunch lagi..Dia cuba macam-macam cara tapi kan....


SAYA PILIH AWAK....


Tuesday 18 November 2014

Chit Chat Aktiviti

I'm happy with my life now.I'm happy with my children..I can explore, i can relax, i can breath..with my precious 4 babies..hehehehehe...

Cuti sekolah dah nak tiba.Kitaorang anak beranak dah pikir aktiviti apa nak buat termasuk balik kampung..Yang penting, kitaorang happy sama-sama..Tahun depan all 4 dah sekolah..wah......cepat je masa berlalu..dah besar anak-anak mama..Zafirah di tinggalkan papa dalam usia 3 tahun, but up to now still think that papa keluar bekerja..Taknak komen apa-apa..pasal dia masih kecil..

Zureen dan Zareen tahu what happen..but as a mother, i always advise and teach them supaya tidak berdendam..papa is still a papa..whatsover yang dia buat..let papa answer with Allah..Kita yang masih berakal ni, sedekah al-fatihah je.. What else to say...And my only son, Zafir, instead of sakit yang dia kena tanggung and still keluar masuk hospital..selalu nampak happy..Oh..being a boy kot, never asked about the father..Zafir cakap "Zafir ada mama, i dont need a papa"..hahahaha..alhamdulillah...

Well, about cuti sekolah.

Kena bahagikan masa.Isletzurai dan Isletsihat makin mendapat sambutan.PM dan whatsapp ada je yang datang..Kena selalu aware..every pm dan whatsapp adalah peluang rezeki yang allah bagi.Think of nak buat lagi collection Isletzurai sendiri..with my own signature..hmm...Insya allah.Penat juga kadang-kadang, nak jawab pm, whatsapp and same time kena pikir strategi marketing..My hubby is great on marketing..Dia lah yang banyak ajar macam mana nak buat marketing online..but hmm..takde rezeki, allah dah tarik balik hubby to bagi kat orang lain..I think allah knows that i'm capable to do by myself..Lagipun mak cakap "Benda yang tak guna, tak yah simpan.Bagi kat orang yang terdesak memerlukan". Well, okey, mom..

Cuti sekolah nanti, nak sunatkan Zafir.Kalau dulu, Zairol kata dia nak ada masa Zafir bersunat..because Zafir is his only son (that time), but now..rasanya the things will only be a memory..Takpe, mama is here..Minta ayah checkkan klinik untuk bersunat and the same time buat appointment.Right, i'm going back to Johor for bersunat..Kenapa tidak buat kat sini ek?Kat sini takde sesiapa yang boleh bantu.Ada adik ipar tapi tak berfungsi..

Well, we think nak pergi berkelah with my others sibling and anak sedara..Nak buat BBQ, nak pergi Titiwangsa for jogging, belajar juga .. kerana Zureen nak UPSR..kena study from now..

Oh..Pasal Zureen and Zareen..Alhamdulillah, diaorang do well in exam..alhamdulillah..tak sia-sia paksa belajar..And the best thing..Zureen dah nak khatam alquran..Zareen pulak nak masuk alquran..Ugh..tak sabar nak buat pulut kuning, pulut hitam putih..and semua pulut lah...

Allah know the best..And insya allah ... kalau ada rezeki, Allah akan temukan dengan Pemilik Rusuk Kanan yang sebenar.Yang boleh mencintai dengan jujur diri ini dan anak-anak.Insya Allah...Alhamdulillah..

Saturday 25 October 2014

About Letter

Now..i'm watching this drama "Surat Di Bawah Pintu"..tentang si ayah yang suka memberikan surat kepada anaknya dengan menyelitkan surat tersebut di bawah pintu.Exactly what he did to his late wife.Sweet sangat..mungkin bagi sesetengah orang cara tersebut old school but for me its something i like..i love..

Teringat memori lama with my husband...we also love to gave each other letter and cards...and i still keep  all of it....still keep the first picture he gave to me... :)

But i'm not dare to read it..no...its so much sweet memory written in it..

Hmmm...i miss him lah... :p


Friday 17 October 2014

Perihal Cabaran Denggi

Last week satu cabaran yang menyakitkan...Kena denggi..Kena tahan wad sampai seminggu..

Sedih..coz what..submitkan diri sendiri ke wad..kalau orang lain di temani...kita sorang je..Duduk dalam wad pun sesorang..tahan sakit sendiri..bagi kata semangat sendiri..Tapi ada satu hari tu kak yie datang jenguk kat wad.Mak, ayah, adik beradik call dari Johor..

Adik ipar?Tarak..memang tak harap pun..Even masa mak mertua kena operation dulu pasal thyroid pun bukan dia nak jaga..jenguk kejap..lepas tu balik..Alasan?Komitmen to family..Nasib baik, abang ada..jaga mak abang tu kan.. sampai abang kena buang kerja..Masa tu kita belum kahwin...Tapi bie tak kisah pasal abang kena buang kerja..bie setia..pasal i know mom is everything..setakat buang kerja, allah akan gantikan dengan something else..Kan rezeki allah tu luas....

By the way, about denggi..apa doktor suruh buat ialah minum air..a lot of it...Kena makan, tapi tak de selera..takde orang nak suap pun...Makan pun setakat alas perut..Ambik darah 3 kali sehari, masuk drip, makan pil ...uwekkk..tapi nak baik punya pasal..

Hari ke 5, drip di buka..yang tempat jarum untuk ambik darah tu...pun di buka..pergh...lega....nak mandi,nak buang air kecil,nak semua lah..takyah bawak botol drip tu..then tahan sakit bila nak bengkokkan tangan...dah takde dah..Lepas tu buat muka kesian kat doktor..nak balik..But...tak boleh..masih ada fever ...

Hari ke 6...telan air banyak sikit..dengan harapan temperature turun..then doktor check, okey..no fever, no bleeding gum..but platate still way down from the normal..pujuk doktor kata nak balik..lagipun Zureen dan Zareen nak periksa..i have to be there..to be with my kids..Rindu kat Zafir dan Zafirah juga...At last, merengek punya pasal..doktor bagi je balik..dengan janji kena check platate dan HB every week..And drink a lot of water..makan ubat..pasal tangan dah bengkak bila bukak tempat drip dan tempat ambik darah tu...Yahoooo...But another problem..macam mana nak balik..nak jalan ambik teksi..tak larat..

Wokey..call Shida.. :) Nasib baik ada adik comel ni..tolong ambik kat hospital..dah tak heran bila orang tanya pasal suami, Zairol Affendi.I just told them, my hubby dah pass away..hahahahhaa..entah..tak tahu nak jawab apa lagi..Biarlah..

Abang...jangan lupa jawab dengan allah nanti ye..pasal tanggungjawab abang pada bie dan anak-anak yang abang abaikan..Allah know i am loyal, tak pernah menduakan suami, tak pernah pergi bomoh untuk bodohkan suami..Allah know everything..And allah know what you told us masa last balik kat sini awal tahun hari tu...

Hmmm...sekarang ni kalau tengok nyamuk..sangat lah fobia..sangat giler.....ughhh...sakit.....

Tapi tahu, allah nak bagi nikmat disebalik kesakitan..I lose 5 kg..alhamdulillah..i'm more appreciate my family, alhamdulillah...alhamdulillah....

Pss...kalau free, jenguk FB pages kita ek... "Fesyen Muslimah Inspirasi Terkini"





Friday 26 September 2014

Yahooo!! Dah dapat Lesen

Wuhuuuu....Islet dah dapat lesen kereta..dah boleh bawak monster..masa dapat lesen tu ...senyum je..rasa mulut ni tak boleh nak lekang dengan senyuman..Kalau lah sayang ada ..hmm..but takpe..Monster ada..baby-baby kat rumah pun ada...

Sekarang ni kalau nak gi mana-mana boleh bawak monster..but yup..once a while naik gak teksi..kalau rasa malas nak drive..Sometime orang macam terperanjat..yang bawaknya perempuan...hehehehee...

But monster need a new sheds, new clothes..thinking of nak make up kan serba sedikit..Uitss..tak sabar nak jumpa monster balik ni...Kumpul duit..kumpul duit....nak bagi monster cantik...

:)


Monday 8 September 2014

Chit Chat 2

Lepas habis event last week, this week kembali busy dengan routine kerja yang telah di pending kerana kekangan masa..Oh..nak tertanggal kaki dan tangan..kejar bosses yang schedule like crazy this week..nak coupe with a few meeting line up..ughh...

 Satu, satu kerja kena buat..With the help of ipad yang abang bagi..katanya hadiah daripada my madu..but he give it to me..he can get easily from her..dia kan sanggup berabis untuk our hubby.. :P 

By the way, this week sempat selitkan dengan pergi gym..Bantai buat kardio dengan 2 machine..nak get rid lemak yang berkumpul.. Maybe of this gym activity, ramai yang tak sangka i'm married (or used to, dont know which one is my title now) and have 4 children..Setakat ni dah beberapa orang yang tegur benda yang sama..Bangga, nope..nothing to be proud..Badan ni allah punya..

 But at least, even tak de wajah yang cantik, harta material yang banyak (but now tengah usaha yang ni) but i have nice body...hahaha...ngada ek... By to be truth, tengah cuba shade out a few kilos.. Inssya allah...


Thursday 28 August 2014

Kepuasan

Asyik nak senyum je bila bosses puas hati dengan preparation dan perjalanan acara yang di buat baru-baru.Berbaloi dengan perih dan penat to make sure everything okey.Dapat team yang membantu..

Kerana puas hatinye, bos terus suruh buat makan-makan KHAS untuk staff kat rumah dia..huhuhu..

Okey, kambing golek..Tunggu ke datangkan I.. :)





Friday 22 August 2014

I MEET GREAT FRIEND

This few week sangat busy dengan preparation untuk majlis syarikat.Terlari sana sini to make sure everything in proper and ready.Huh...sangat teruja dan the same time takut juga kerana kena take over bahagian kawan yang kena demam denggi saat-saat akhir..kena buat semua sendiri.

But this time, abang will not join me.But my good friend Aziyan and family sudi untuk datang temankan..pergh..best..

Tulah..allah pernah berkata.. bahawa bila dia ambik sesuatu, dia janjikan something better than before..

Subhana allah..i meet 2 great women yang tak tinggalkan diri ini walaupun mereka sebenarnya adalah kawan my hubby tersayang..But after abang missing, they stay and support me..Alhamdulillah..

Aziyan and hubby is looking for me at my work place because they missing my number..Ya allah, You know the best..Alhamdulillah..Thank You, Allah..

I know Kak Sinar and Aziyan, maybe you not read my blog, but i want you to know that i'm so glad, proud and happy to know you..And be friend with you.

I want you to know, i cherish our friendship and may allah bless both of you for your continuous support after my hubby missing.

Thank You, both of you..Thank You, allah..

:)

Saturday 16 August 2014

New Passion

My new passion...GYM....

Feeling so good bila buat exercise plus cuci mata serba sedikit...

Start with cycling, then running mills, dumber bell and cardio machine...best sangat..

Tapi yang tak best bila ke esok hari ya sakit badan dan kaki...mungkin started macam tu...

Will schedule for the next session.. :)

Thursday 14 August 2014

JAGA DIA UNTUKKU

People asked "Can't you let go?" .. It's hard to say...Whether you forgive, forget, let go..but the memory is there..lagi-lagi kalau saat-saat akhir kehilangan pun masih lagi kata manis, sms rindu..di hantar..can you forget your history, the memory ?? Cannot kan... Same as here..Dok seminggu ni asyik teringat...Rindulah, sayang...

Lirik Lagu Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza 

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa Ku kepadanya saatku tiada 

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama Menyayangi mendampingi
Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

(Ulang Korus) 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/05/lirik-lagu-jaga-dia-untukku-siti.html#ixzz3AI76bzXG

Monday 11 August 2014

Anak-Anak Punya Cite

Seorang kakak lihat diri ni sentiasa gembira and asking what make me happy...my answer very simple everytime people asked me the same question...
ANAK
I love motherhood...I love educate my children.. I love when we can solat and baca alquran or yassin dan sedekah kan pada papa diaorang aka my missing hubby..I love hafal surah-surah pendek with my children..I love chit chat cite pasal tah apa-apa dengan my children..i love everything about them.. 

Everyday is a new day..Everyday is good day..Everyday is happy day when i'm with them.. What i do every day with them..YANG WAJIB SETIAP HARI IALAH BELAJAR...macam-macam cara-cara and style belajar..kadang-kadang nak gelak pun ada..hehehehe...

Takpe..macam mana pun anak, they're mine  ...


Wednesday 6 August 2014

SELAMAT HARI RAYA, ZAIROL AFFENDI BIN ZAIDI

Hari raya tahun ini beraya bersama dengan anak-anak dan keluarga. Keseronokkan beraya tetap terasa namun sedih juga bila di pagi raya semasa sesi bermaafan, anak-anak nyatakan kerinduan kepada papa. SMS dikirimkan kepada papa malam sebelum raya untuk meminta kemaafan dari diri sendiri dan anak-anak. Namun tidak pasti, isteri ke-2 papa akan sampaikan atau pun tidak..kerana papa pernah kata, Azidah tidak mahu berkongsi kasih...kerana itu dia tidak benarkan papa balik untuk berjumpa dengan kami...Takpelah..allah ada... Namun, di sini kami luahkan rasa, sekiranya papa terjumpa blog sepi ini...
Abang, Bie dan anak-anak nak meminta kemaafan sekiranya dalam abang menghilangkan diri, kami ada buat sesuatu yang menyebabkan abang mendapat dosa.Tapi dengan sedaya upaya kami, akan menjaga diri kami untuk allah, diri sendiri dan abang.We always doa abang di bawah jagaan allah
Lastly, SELAMAT HARI RAYA, SAYANG.. FROM BIE, ZUREEN AFFIDAH, ZAREEN AMANDA, ZAFIROL ZAFFRAN DAN ZAFIRAH ZAHEEN.. :)

Thursday 24 July 2014

:)


Kalau jumpa tolong beritahu ye, anak-anak rindu sangat kat papa dia ni..

Thursday 17 July 2014

Mana Nak Cari Ni...

Hari ni ambil borang untuk kemasukan sekolah Zafir darjah satu untuk sekolah agama..Tengok list of document..ada satu dokumen yang susah nak provide..

Nak tahu?

IC papa Zafir, Zairol Affendi Bin Zaidi...Mana nak cari...hmm....




Tuesday 1 July 2014

Chit Chat Awal Bulan Ramadhan

Lama ek..tak luah hati kat sini..Tak jenguk-jenguk..fuhhhh...(tiup habuk.kuang..kuang..)..

Memang minat menulis..tapi kekangan masa tu hmm...excuses..excuses...

Sekarang ni kan busy dengan FB pages "FESYEN MUSLIMAH INSPIRASI TERKINI.... Jemput jengah dalam facebook...then sibuk juga dengan tempahan order Shaklee daripada kawan-kawan..Alhamdulillah..



Rezeki anak tu kan..sentiasa ada tau..Tak payah takut..Sunyi..ala..sikit je..kalau teringat atau rindu, bayang je peluk si dia...heheheheehe..Nikmat Imaginasi allah bagi....

Sekarang ni bulan ramdhan, anak-anak belajar berpuasa..Kadang-kadang terpancul juga dari mulut kecil tu kenangan berpuasa dengan papa, Zairol Affendi Bin Zaidi yang telah hilang entah ke mana..Tapi selalu cakap dengan anak.."Papa sentiasa ada dalam hati korang.Sedekah fatehah, nanti allah kirim kat papa".

Kita sedih, anak pun sedih.Tapi hidup mesti diteruskan.Tak nampak kenapa mesti berduka.I have parent yang sangat supportive, Ibu Mertua yang tolong jaga anak-anak, Anak-anak yang cantik dan aktif, adik beradik yang sentiasa bersama..Allah yang sentiasa mendengar keluh kesah diri ini..What else yang nak disedihkan..

Mak cakap "Jangan tamak, benda yang tak berguna..bagi kat orang yang kurang bernasib baik"..Hahahahahaha...pandai mak bergurau...  :)

Tuesday 3 June 2014

GUTS TO DRIVE

Sekarang ni kan..memang tengah kemaruk nak drive Monster.Ugh..everyday..tell myself..i can do it..i can do it...

My husband love me for my guts..love me for my independence skills..Will do it..

Step by step..Is better than not move at all..kan...

Okey, sayang..mommy will drive you..Wait and see...

And abang, i will drive our monster with 4 rare sport rims... :)





Friday 2 May 2014

Choose What You Are

We're the one who will choose what we are and what we will be.

Once, someone told me about this.I like ..hmm..what..you not in my shoes...

But then when i think again..yes, i agree..

Someone told me juga..kita tak boleh mengenang orang yang dah lama tinggalkan kita..but eh..cannot lah..the memories is still there..but it's our choice whether nak tinggal dalam kenangan tu atau jadikan kenangan tu to make a better future for ourself..our kids...

I choose to be happy..I choose to move on..I choose to continue what drive me crazy and happy..

And I BELIEVE WE'RE WHAT WE WANT TO BE.. Usaha, Tawakal..and allah will decide..Alhamdulillah..




Love 
Islet 

Tuesday 22 April 2014

Hadirnya Dia Kerana Allah

Suka sangat dengan ayat ni..

"Allah tak mendatangkan seseorang itu tanpa sebab..samada untuk mengubah kita..ataupun kita mengubah mereka"

Alhamdulillah..i did..I manage to change his way of life to something better even after that he just throw me and my kids..But alhamdulillah..unless i give something good value to him.

And alhamdulillah..he give me precious children to accompany my journey di bumi allah.And alhamdulillah .. he give me the best and precious moment as a wife..

Alhamdulillah...See..I told you "Allah itu Sangat Adil"..




Peace,
Islet

Monday 21 April 2014

Cetusan Hati


Hahahahaha..I just love this song..




Aku tak biasa, bila kau tiada di sisiku..
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu...

Tapikan..kita kan ada allah...  :)

Love
Islet 

Friday 4 April 2014

Citer A few days

A few days tak jenguk sini..Sibuk dengan projek baru, kelas memandu dan anak-anak..

A few days ini juga rasa penat pasal ada something yang kena buat..huh...hectic..

A few days ini juga ada perkara yang mengembirakan, sokongan dan bantuan yang datang tanpa di duga..
Alhamdulillah..

A few days ini juga ada perasaan rindu yang asyik datang..tapi..hussshhh...nak halau jauh.. :)

A few days ini juga banyak baca buku motivasi..wah..banyak perkara rupanya tertinggal..Memang allah tu sayang sangat kat diri ini..diberinya peluang sekali lagi..

A few days ini terpikir uitss...bestnya kalau jatuh cinta...

A few days ini dok menepis godaan si mamat ni yang tak reti bahasa..iskhh.. I masih isteri orang lah ..PEACE...


Islet Zairol

Monday 24 March 2014

Monday 17 March 2014

Apa Saya Fikir...

Kenapa ye walaupun kita nak lupakan tapi asyik teringat..Setiap saat..Penat tapi tak boleh lupakan..Sudah cuba tapi bila sunyi menjemput dia datang kembali.

Kita lemah ke kalau macam ni..Dah doa minta allah lupakan rasa cinta ini kepada Zairol Affendi Bin Zaidi..tapi allah masih tak izinkan..Agak-agak jodoh kita masih ada dan panjang kot..hmmm.. :)

By the way, life must go on..Passion must proceed...I love it...

Islet Zairol

Saturday 15 March 2014

Terima Kasih, Allah

Ya allah 

Aku bersyukur sangat..Dalam aku tersungkur, berdegap jatuh ... aku ada mak, ayah, adik beradik dan anak-anak yang sedikit-sedikit tarik tangan aku dan tak pernah berputus asa untuk pujuk, pupuk hati aku..

Ya allah

Aku bersyukur.Aku bangun.Aku move on.Aku redah.Aku sedia.Aku berusaha.Aku boleh berjaya.

Ya allah

Aku sedar.Dengan setiap langkahku, niatku dan perbuatanku dalam menjaga anugerah berharga..kau akan memberikan pahala yang akan aku bawa ke akhirat.

Ya allah

Janjimu amat pasti.Subhana allah..Maha besar allah...I love you, allah.

Ya allah

Terima kasih kerana selama ini bersabar dengan keangkuhanku dan keegoaanku..Terima kasih..allah..


Islet Zairol

Tuesday 11 March 2014

Adik Big Question

Zafirah Zaheen Bte Zairol Affendi. 





This girl have ask me everyday without fail and tired "Mana papa?"

I love you, adik..

Mama
Islet Zairol

Friday 7 March 2014

Cebisan Kiriman Untuk Papa

Apa perasaan sekiranya your children come to you and said that they miss their papa?What will you said?
I always said "doa, nak.Nanti papa balik." What else can i said.I will never say something yang memburukkan like "Papa dah lari ikut perempuan lain".No..tak boleh.Anak-anak kena berpandangan baik terhadap papa walaupun apa keadaan pun.


Nak tunjukkan something.What will you think about this...



Zareen kata minta kirim pada papa..

Sayang anak mama..mama kirim kat sini je ye....


Islet Zairol * tahan air mata

Wednesday 5 March 2014

Kalau Rindu Menjamah..

Kita ni manusia kan..Kita bukan robot..Kita ada perasaan..

Macam mana kita nak lupakan pun kita akan teringat..Lagi-lagi macam Islet ni....

Tapi hidup mesti diteruskan..Dugaan yang allah bagi tu sebenarnya untuk kuatkan hati..Lagi banyak dugaan, lagi dekat kita dengan allah..Betulkan? Betullah..tapi kita ni manusia kan..tapi manusia yang kuat.. :)

Untuk tenangkan hati, let's think like this (nasihat untuk diri sendiri juga)  - 

a) Amalkan solat hajat dan solat dhuha..kalau boleh with solat tahajud..very calm, very soothing..

b) Amalkan surah insyirah..


c) Fikir tentang anak-anak.Diaorang ini amanah allah, rugilah kalau nak sia-siakan.

d) Have fun with friend, anak-anak dan keluarga (asalkan tak bertentangan dengan syariat).

e) Cari passion sendiri.Cuba benda baru, sibukkan diri.

f) Dan paling penting, ingat..Janji Allah itu Pasti.Allah tidak akan zalim pada hambanya..Setiap perkara mesti ada hikmah.Allah lebih mengetahui..Alhamdulillah..


Islet Zairol




Tuesday 4 March 2014

Perihal Manusia Itu

Kita tahu hukum agama, tapi kita buat..
Pasal cinta kita tak kisah..anak..isteri..buang..tak guna..
Lebih baik pergi yang lebih kaya, lebih berisi, lebih sedap..
Buat apa nak susahkan diri..

Kita solat, tapi apa gunanya ye..
Sedangkan hukumnya telah diberitahu tidak diterima..
Tapi kita siapa..kita ni apa..

Biarlah .. allah ada..
Allah tahu sapa yang benar, sapa yang salah..
Allah tahu apa yang aku buat..
Allah tahu apa yang dia buat..
Allah tahu apa yang engkau buat..

Gelak..peluk..suka..
Kerana menang di dunia tak semestinya menang di akhirat..

Betul ke?

Islet Zairol

Thursday 27 February 2014

Pelengkap Hidup

Kita kan, kalau boleh nak move on tapi kadang-kadang teringat..bukan taknak lupakan tapi kenangan tu kuat...hmm..


PELENGKAP HIDUP

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
*
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Reff:
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karna hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkap ku di dunia

Islet Zairol 

Friday 21 February 2014

Doa Ku

Penatnya..

Dugaan ni buat diri sedih, diri lelah..tapi Allah perancang terbaik..Allah tahu apa yang terbaik.

Tapikan manusia yang ini kan..tak sedar diri...

Apa senjata manusia .. doa.. yes..doa..Islet tetap doa..

"Allah tidak menzalimiku.Allah mengembalikan suamiku.Demi anak-anak dan ibu mertuaku"
"Allah adil, Allah sangat sayang padaku..Kerana itulah dugaan ini lah yang diberikan"
"Aku yakin, allah makbulkan doaku".. Amiin..

Islet Zairol

Monday 17 February 2014

Perihal Rindu

Saya rindu kat dia, sentiasa rindu
Hati saya takut, hati saya resah
Tapi saya tahu allah tu maha adil, maha mendengar, maha pengasih, maha penyayang.
Allah tak akan menzalimi saya, saya kena sabar..sabar..sabar..

Ins shaa allah...

:)
Islet Zairol

Wednesday 12 February 2014

Saturday 8 February 2014

Nukilan Seronok..

Hi..

Seronoknya kalau kita kembali pada allah.Seronoknya kalau kita tahu mana letak diri.Seronoknya bila tahu kekawan, adik beradik, ibu bapa , ibu mertua dan anak-anak sayang dan sokong kita.

Hidup mesti diteruskan.Tanpa atau dengan...bersama atau tidak..Oh..kita bukan perempuan lemah..Cukuplah bersedih..cukuplah...

Senyum..Allah kan ada..Teruskan usaha..Ins shaa allah..

  :)
Zairol Islet

Thursday 6 February 2014

Hairannya Aku..

Hairan perempuan ini..

Yang dirampasnya milikku..
Yang diambilnya milikku..
Yang dikawalnya milikku...
Yang disukai milikku..

Namun..

Kenapa aku yang di bilang perampas..
Kenapa aku yang di katakan nusyuz..
Kenapa aku yang di labelkan membuat sihir..

Yang benarnya..

Dia telah hilang..
Dia tidak ada..
Aku yang pertama dalam hidupnya...
Aku yang dianiaya...
Aku dan anak-anakku serta ibu mertua ku yang dizalimi..

Tolonglah sedar..

Jangan kacau hidup kami..
Kami dah selesa..
Kami dah move on..
Kami dah gembira..

Hairan betul perempuan itu dan perempuan ini...dan jantan itu..dan jantan ini...

Love,
Islet Zairol

Tuesday 28 January 2014

Perempuan Itu

Kenapa ye,

Perempuan itu menyangka aku ada bersamanya?Kenapa ye kelihatan takut tapi mahu kelihatan tenang..

Sudah lah..Jauh..Minggir..

Jangan di kacau hidup ku, Aku dah move on..Kau dah dapat lelaki yang kau mahu..Kenapa masih nak kejar aku..Kenapa aku?Kau pun rampas dia tanpa belas..tanpa permisi..Sekarang kau kata aku yang ambil dan control..Tolong lah..blah .. dari hidup aku..Let me happy with my family...

Ugh...Nyampah aku..

Islet Zairol

Monday 20 January 2014

Perihal Hati Lagi

Kenapa hati ni ye, abg..Rindu tu semakin mencekam..

Sedih..tapi still move on...I love you so much..It's so hurt to forget you...

Ya allah, gave me strength to face all this...

Abg, i just don't know why..but i hope i can hear you voice again..



Islet Zairol

Sunday 19 January 2014

Hati Ini

Aduh, degil dan bodoh nye hati ini..Walaupun berkali nak kata teruskan hidup..ignore..ignore..tapi bila mendapat balasan mesej..hati suka..hati gembira..Bila mesej tidak di balas, rasa gundah, rasa lemah, rasa sedih..

Abg kata tak ingat wajah bie?Tapi abg kata abg solat?

Adakah dia yang memang tak bagi abg pulang, atau abg yang tak mahu pulang..entahlah..

Allah ada..allah maha berkuasa...

Let HIM judge ... what is what....


Islet Zairol

Saturday 11 January 2014

For Me and For You

Abg,

Minta izin untuk setiap langkah bie keluar tanpa pengetahuan abg..

Untuk abg, all the best..no.. i'm not pray for you..

I'll do the best ...for our family..

Sayang abg sangat...


Islet Zairol


Monday 6 January 2014

Pengakuan Ikhlas

Abang,

Bie ngaku bie rindu..Bie sentiasa ingat pada abg..

Bie ngaku susah nak lepaskan...11 tahun bersama..Bersusah dan senang...

Bie ngaku bie makin sayang...bie berangan untuk abg pulang pada bie...

Bie ngaku bie dah move on..bie dah ada passion lain...

Bie ngaku bie akan setia pada abg...Hingga hujung nyawa....

Bie ngaku bie cinta kan abg...Sampai bila-bila...

Namun..bie pilih bahagia   :)


Love ,
Islet Zairol

Saturday 4 January 2014

Nukilan

Hari tu ada rasa sedikit pengharapan..setelah begitu banyak percubaan di lakukan..Dengan beberapa patah pesanan, memberikan sinar..

Tapi kenapa berikan harapan..sekiranya hanya hendak menyakitkan..

Zalimnya....


Islet Zairol

Friday 3 January 2014

1st Day School

Abg,

Want to share this with you -
Bersemangatkan anak lelaki abg..

Kak Yong dan Kak Ngah excited nak pergi sekolah..
Adik temek yang bangun awal pagi nak join kakak dan abam sekolah

















Islet Zairol

Wednesday 1 January 2014

New 2014

How is sayang, sesuatu perkataan itu boleh memberikan harapan... :)


SELAMAT TAHUN BARU 2014

Abg, di mana pun abg berada...




Islet Zairol