Kawan Ads

Sunday 21 June 2015

Wednesday 17 June 2015

RAMADHAN 2015

Here we are again..

Anak-anak dah gembira semalam bila pengumuman puasa di udarakan..Semua excited termasuk Zafir dan Zafirah..Oh..dah pesan Zafir, "This year you have to fasting ye, abang". Cepat je jawab "Of coz, i'm imam keluarga." Imam lah sangat.

Tak tahu le orang lain.But kitaorang sekeluarga memang ternanti-nanti berpuasa bersama, berbuka bersama.Time ni lah boleh diaorang boleh request macam-macam hidangan.Tapi sebolehnya terms berjimat cermat tetap di terapkan.Thinking of this year nak biasakan anak solat di surau.Mungkin once a while Zureen kena escape terawikh pasal nak fokus UPSR.

Puasa ni bukan setakat tahan dahaga, lapar dan perbuatan tapi the bonding yang buat wahhh..life so meaningful...alhamdulillah..bersyukurnya..




Monday 15 June 2015

KEPERLUAN DAN NAFKAH

Kakak kata..eh, nafkah dah dapat.Kenapa perlu bersusah kerja dan berniaga?

Apa tidaknya, duit tu bukan aku punya, untuk aku kenalah usaha..belanja anak bukan sikit, banyak hendak biaya..Keperluan kesihatan Zafir perlu sentiasa di perhatikan..perlu simpan sedikit-sedikit, kerana Zafir penyakitnya datang dan pergi, ubatnya juga bukannya murah..Hanya sekarang kerajaan tanggung sedikit, lega rasanya..

Yang penting, education anak tersedia, hiburan juga diselitkan penambah rasa, leisure-leisure, manja-manja.Semua untuk anak-anak tercinta.Biar aku pekakkan telinga..Orang sekeliling cakaplah apa nak kata.Yang penting aku gembira, anak-anak aku pun suka.Kita susah ada orang nak tolong segala..takdenye..Aku pesan kat anak-anak..adik beradik, jangan putus saudara.Kerana apa pun terjadi, merekalah yang sentiasa ada..Alhamdulillah..hubungan mereka memang sangat rapat tegap bersama..Gaduh-gaduh tu biasa le..

Beruntungnya, allah sayang diri ini dan anak-anak.Penat pun tak terasa bila tahu setiap keperluan anak terjaga walaupun tidak bermewah giler..Ala, dulu pun begitu juga..Hanya beza ada papa peneman setia..tapi sekarang mama yang gagah perkasa ada..

Wah..Aku semakin dewasa..  :)


ORANG MANA?

Bila ada yang bertanya, anak orang mana? Kadang-kadang terfikir, terlalu pentingkah dari mana?Tetap malaysia..Selalunya jawapan biasa dan memang pasti.. "Orang KL"

Tapi bila mak mertua kata anak aku orang johor,  aku pun pelik..bab mana anak aku orang johor?

Bila tanya mak mertua,dia kata pasal aku orang johor..Then aku tanya balik, bukan ke bapanya orang KL?Darimana johornya jika dilahirkan, dibesarkan dan sekolah pun anak-anak aku kat KL.

Tapi aku faham lah..Aku memang tahu pun.Awak..awak pun sedarkan.... 

Apa pun aku bangga dengan mak dan ayah aku, pasal diaorang tak pernah mention cucu sana, cucu sini..Tetap kata cucu kami.. Love you, mak and ayah.

Awak.....

Anak say hi,papa.They miss you.  :)


Tuesday 9 June 2015

Chatting Cuti Sekolah

Masa bersendirian ni kan..tujuan utama sure untuk gembirakan anak-anak kan..Apa dalam fikiran pun untuk anak-anak..

Cuti sekolah ni..bawa anak-anak balik kampung..Wuhuu...gembiranya diaorang..lepas dari konkongan nenek kl tercinta.Boleh huha dengan sepupu-sepupu..ukur jalan petang-petang..waaaahhhh...

Zafir paling seronok..iyalah, kat rumah takde kaum sejenis nak buat bermain.Jumpa sepupu yang sama gender, pergi main bola tak ingat rumah..makan pun taknak..seronoknya bermain mainan kampung..hmm..next time datang lagi ye..

Kadang-kadang hati risau.Zafir dah berumur 7 tahun.Di rumah tiada lelaki yang akan bimbing Zafir jadi imam yang sempurna.Yes, sebagai mama bimbingan boleh di beri.Tapi siapa yang nak guide Zafir ke masjid tunaikan solat jumaat, siapa yang bimbing tangan Zafir to teach how to be true imam, bimbing ahli keluarga, siapa yang boleh ajar cara yang betul solat di masjid, yang akan teman hati anak lelaki mama jika ada masalah lelaki..waaaa...luas betul pemikiran mama, kan Zafir.

By the way, yakin boleh.Allah kan ada :)