Kawan Ads

Friday 28 November 2014

Coretan untuk Awak

Awak..kita rindu kat awak lah..tapi life kita sekarang happy..kita rasa life awak pun macam tu kan..pasal tu awak tinggalkan kita dan anak-anak sampai tak balik-balik sampai sekarang..

Apa pun awak..macam kita cakap before lah..sediakan jawapan ye bila awak jumpa allah nanti..Samada saya yang pergi dulu atau awak..kita tetap akan mati..mana awak nak lari pun..

Awak..awak layan lah anak tiri awak tu ye...saya layan anak saya..diaorang tu anak kandung saya tau..dengan awak..tapi awak sure tak ingat..takpe..yang penting saya sayang diaorang dan saya akan jaga diaorang dengan baik..

Bye, awak..





Awak..Baca Ni..

Awak..awak..ingat tak macam mana dulu punya lah susah awak nak dapatkan saya?Awak sanggup call saya setiap hari selama sebulan untuk bercakap dengan saya saya..Macam-macam alasan saya suruh kawan rumah bagi kat awak..tapi awak tetap juga call saya tanpa jemu..Lily lah ni..bagi no telephone saya kat awak..Saya sikit pun tak berminat nak kawan dengan awak..

Awak..awak..ingat tak awak pernah jalan kaki dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.Hanya kerana nak jumpa saya..Ya allah, saya terharu sangat..Tak sangka awak sanggup lepaskan last bas dari Shah Alam hanya kerana awak nak sangat jumpa saya..Awak dah curi perhatian saya sikit tau masa tu..terharu..

Awak..awak..ingat tak lepas tu awak cuba juga nak jadi pasangan saya walaupun awak tahu ada beberapa orang yang bersaing untuk dapatkan tempat di hati saya..Awak ingat tak? Awak suruh saya dengar lagu KC and Jojo "All My Life".Awak kata lagu exactly apa yang ada dalam hati awak..Awak sanggup tunggu a few month sampai saya kata yes.. :) Sweetnya awak..

Awak..awak..ingat tak Radzi..Awak ingat tak macam mana awak cemburu sangat dengan Radzi..kerana Radzi seperti awak ..sanggup buat apa saja untuk dapatkan hati saya ni..Dia sanggup potong rambut pendek hanya kerana saya..Dia sanggup tunggu saya sampai balik, bila saya kena kerja lebih masa...Dia hantar lunch pada saya bila dia tahu saya tak lunch lagi..Dia cuba macam-macam cara tapi kan....


SAYA PILIH AWAK....


Tuesday 18 November 2014

Chit Chat Aktiviti

I'm happy with my life now.I'm happy with my children..I can explore, i can relax, i can breath..with my precious 4 babies..hehehehehe...

Cuti sekolah dah nak tiba.Kitaorang anak beranak dah pikir aktiviti apa nak buat termasuk balik kampung..Yang penting, kitaorang happy sama-sama..Tahun depan all 4 dah sekolah..wah......cepat je masa berlalu..dah besar anak-anak mama..Zafirah di tinggalkan papa dalam usia 3 tahun, but up to now still think that papa keluar bekerja..Taknak komen apa-apa..pasal dia masih kecil..

Zureen dan Zareen tahu what happen..but as a mother, i always advise and teach them supaya tidak berdendam..papa is still a papa..whatsover yang dia buat..let papa answer with Allah..Kita yang masih berakal ni, sedekah al-fatihah je.. What else to say...And my only son, Zafir, instead of sakit yang dia kena tanggung and still keluar masuk hospital..selalu nampak happy..Oh..being a boy kot, never asked about the father..Zafir cakap "Zafir ada mama, i dont need a papa"..hahahaha..alhamdulillah...

Well, about cuti sekolah.

Kena bahagikan masa.Isletzurai dan Isletsihat makin mendapat sambutan.PM dan whatsapp ada je yang datang..Kena selalu aware..every pm dan whatsapp adalah peluang rezeki yang allah bagi.Think of nak buat lagi collection Isletzurai sendiri..with my own signature..hmm...Insya allah.Penat juga kadang-kadang, nak jawab pm, whatsapp and same time kena pikir strategi marketing..My hubby is great on marketing..Dia lah yang banyak ajar macam mana nak buat marketing online..but hmm..takde rezeki, allah dah tarik balik hubby to bagi kat orang lain..I think allah knows that i'm capable to do by myself..Lagipun mak cakap "Benda yang tak guna, tak yah simpan.Bagi kat orang yang terdesak memerlukan". Well, okey, mom..

Cuti sekolah nanti, nak sunatkan Zafir.Kalau dulu, Zairol kata dia nak ada masa Zafir bersunat..because Zafir is his only son (that time), but now..rasanya the things will only be a memory..Takpe, mama is here..Minta ayah checkkan klinik untuk bersunat and the same time buat appointment.Right, i'm going back to Johor for bersunat..Kenapa tidak buat kat sini ek?Kat sini takde sesiapa yang boleh bantu.Ada adik ipar tapi tak berfungsi..

Well, we think nak pergi berkelah with my others sibling and anak sedara..Nak buat BBQ, nak pergi Titiwangsa for jogging, belajar juga .. kerana Zureen nak UPSR..kena study from now..

Oh..Pasal Zureen and Zareen..Alhamdulillah, diaorang do well in exam..alhamdulillah..tak sia-sia paksa belajar..And the best thing..Zureen dah nak khatam alquran..Zareen pulak nak masuk alquran..Ugh..tak sabar nak buat pulut kuning, pulut hitam putih..and semua pulut lah...

Allah know the best..And insya allah ... kalau ada rezeki, Allah akan temukan dengan Pemilik Rusuk Kanan yang sebenar.Yang boleh mencintai dengan jujur diri ini dan anak-anak.Insya Allah...Alhamdulillah..