Kawan Ads

Monday 15 June 2015

KEPERLUAN DAN NAFKAH

Kakak kata..eh, nafkah dah dapat.Kenapa perlu bersusah kerja dan berniaga?

Apa tidaknya, duit tu bukan aku punya, untuk aku kenalah usaha..belanja anak bukan sikit, banyak hendak biaya..Keperluan kesihatan Zafir perlu sentiasa di perhatikan..perlu simpan sedikit-sedikit, kerana Zafir penyakitnya datang dan pergi, ubatnya juga bukannya murah..Hanya sekarang kerajaan tanggung sedikit, lega rasanya..

Yang penting, education anak tersedia, hiburan juga diselitkan penambah rasa, leisure-leisure, manja-manja.Semua untuk anak-anak tercinta.Biar aku pekakkan telinga..Orang sekeliling cakaplah apa nak kata.Yang penting aku gembira, anak-anak aku pun suka.Kita susah ada orang nak tolong segala..takdenye..Aku pesan kat anak-anak..adik beradik, jangan putus saudara.Kerana apa pun terjadi, merekalah yang sentiasa ada..Alhamdulillah..hubungan mereka memang sangat rapat tegap bersama..Gaduh-gaduh tu biasa le..

Beruntungnya, allah sayang diri ini dan anak-anak.Penat pun tak terasa bila tahu setiap keperluan anak terjaga walaupun tidak bermewah giler..Ala, dulu pun begitu juga..Hanya beza ada papa peneman setia..tapi sekarang mama yang gagah perkasa ada..

Wah..Aku semakin dewasa..  :)


No comments: