Kawan Ads

Thursday 4 December 2014

Allah Sayang Kita

Selalu dengar tak macam ni "Allah uji kerana Dia Sayang".

Memang pun sebenarnya..pasal dia nak tarik kita supaya jangan jauh sangat dari dia..Dia lepas..lepas manja..Tapi kita ni manusia,memang sometime tak guna..dah di beri petunjuk, dah allah halang, ikut juga..Tapi allah tak berkecik hati, dia bagi juga rahmatnya, dia bagi juga kita ni peluang..

Pernah tak korang rasa macam rindu je padaNya..Cuba korang bangun tengah malam, bila orang semua dah tidur..Duduk sorang-sorang (tapi jangan dalam gelap ye)..korang cite kat allah apa dalam hati korang, korang ngadu sepuas-puasnya..Pasti..sangat pasti..korang akan nangis..Korang mesti flashback kekhilafan korang dulu..pasal aku pun macam tu..kawan-kawan aku pun yang buat macam tu..lainlah kalau korang tu hati batu :p

Kadang-kadang bila allah uji, diri ni terpikir dosa lepas..Oh..mungkin ini cara allah nak hapuskan dosa silam yang teruk tu dulu..Oh..okey..dulu masa muda tak fikir banyak, ikut nafsu..nasib baik allah bagi peluang lagi hidup..kalau di ambil nyawa dalam keadaan berdosa..pergh..hampa je...

Korang..allah tu sayang sangat dengan korang..jangan putus asa.Dia lah cinta sejati..manusia bercinta..tak kekal lama..Ada yang baru, yang lama buanglah..Tapi allah tak macam tu..allah sentiasa ada..sentiasa bersama..

Pernah aku kontang..pikir macam mana nak tanggung anak-anak, allah datangkan bantuan, datangkan motivasi..ala..hidup ni kan satu perjuangan..chayok..chayok...

Apa pun..baliklah pada allah..Kalau nak lari pun dari masalah, jauh mana pun nak lari...benda tu akan keep datang balik..

Tapi jangan lupa ye.."Redha Allah seiring dengan Redha Ibubapa"

Nak tanya kat "awak"..ibu awak Redha ke dengan awak? ;P

Kalau jawapannya ye..TAHNIAH!!




No comments: